Petua ini aku dapat dari pakcik yang menjaga nurseri...katanya " kaktus dari Cameron Highlands" yang kita beli terus dari sana, bila balik rumah jangan terus tukar pasu. Kena biarkan dulu dalam sebulan dua...biar dia serasi dulu dengan iklim di sini barulah tukar ke pasu lain. Hah, petua yang sangat berguna sebab kaktus aku banyak yang mati selepas tukar pasu. Itulah...sabar ke nak tunggu 2 bulan baru nak tukar pasu..??? Uwwaaaaaaaa!!!
KAKTUS LAGI...
Dicatat oleh
ShalbySalbina
on Isnin, 1 Jun 2009
/
Comments: (0)


Hari ini aku seret pengasuh Si Bongsu ke nurseri baru yang dia beritahu semalam. Katanya ada banyak orkid di situ. Puas dia peta kat aku, tapi punyalah bengap aku ni, tak reti-reti nak teka kat mana. At last dia bermurah hati untuk temankan. So hari ini sementara menunggu Si Tengah Taekwondo, akupun merayap kesana. Rupanya nurseri ni baru saja dibuka dalam 5 bulan. Pokok-pokok banyak yang baru... Merayap dalam sejam aku beli 3 pokok kaktus yang aku belum ada lagi untuk melengkapkan koleksi...KAKTUS BARU...CAMERON HIGHLAND...
Dicatat oleh
ShalbySalbina
on Khamis, 28 Mei 2009
/
Comments: (0)
Hah..blog aku dah bersawang, lama tak update bukan kerana aku tidak menjengah tapi untuk 2/3 bulan ni tak ada pertambahan kaktus baru dalam koleksi, so rasanya tak ada apa yang nak dipaparkan di sini. Awal-awal tahun persekolahan memang sibuk sikit...biasalah kan, so tak berapa ada masa untuk menjengah di persekitaran rumah. Bukan saja blog yang bersawang, disekeliling rumah juga bersawang... Tup..tup... ada yang kasihankan aku. Biasalah rakan-rakan kat sekolah rasanya majoriti tahu minat aku yang sukakan kaktus so bila ada lawatan ke Cameron Highland tempohari yang mana aku tak terlibat PK KOKO sekolah dengan murah hatinya telah membelikan aku pokok-pokok kaktus...banyak jugak..itulah dalam gambar. Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan... 18 pasu kecil semuanya. Ada yang serupa tapi tak apa, mana2 serupa aku tanam dalam pasu yang agak besar banyak2...cantik!!!!!!!
Kelakar juga sebab dibelinya semua kaktus yang berbatang. Kenapa begitu? Katanya kaktus memang berbatang, kalau berdaun tu bukan kaktus namanya... ya ka? Tak tau pulak aku...
PASAR WAKAF BARU...
Dicatat oleh
ShalbySalbina
on Isnin, 26 Januari 2009
/
Comments: (0)
Dah 3 tahun aku tak ke KELANTAN, maklumlah aku dah tamat PJJ pada 2005 dan dah dilantik DG41 pada Jan 2007. Cuti Akhir Tahun 2008 tempohari aku berkesempatan ke Kelantan untuk jalan-jalan dan aku tidak lupa singgah ke Pasar Wakaf Baru. Inilah tempat aku shopping setiap Jumaat apabila aku ada kuliah PJJ aku di Pusat PJJ UPM di Wakaf Baru. Nak tahu apa yang aku beli? Inilah dia...

MAKLUMAT TENTANG KAKTUS...
Dicatat oleh
ShalbySalbina
on Ahad, 4 Januari 2009
/
Comments: (3)
Kaktus adalah jenis tumbuhan yang menarik dan istimewa serta sentiasa memerlukan matahari untuk hidup segar. Tumbuhan jenis ala matahari ini yang diselaputi dengan duri mempunyai pelbagai struktur dan bentuk. Rupa bentuknya dapat menahan cahaya matahari dan juga mengurangkan transpirasi. Kaktus merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang intensif.
KAKTUSKU TERLEBIH AIR...
Dicatat oleh
ShalbySalbina
on Jumaat, 5 Disember 2008
/
Comments: (0)
Bila tiba saja musim tengkujuh aku jadi risau. Bukan sebab takut banjir tetapi aku bimbangkan pokok2 kaktus yang aku sayang....selalunya akan adalah pokok kaktus yang mati kerana terlebih air. Selepas seminggu hujan turun tanpa henti dah kelihatan beberapa pokok kaktus yang terlebih air dan pasti rosak. Tak ada cara lain dah, buang ajelah...
Aku terpaksa beli plastik penghadang nampaknya untuk mengelakkan tempias hujan...
Kaktus ini dah mati...
RUMAH KAKTUS....
Dicatat oleh
ShalbySalbina
on Selasa, 18 November 2008
/
Comments: (0)
Inilah tempat khas untuk kaktus-kaktus kesayanganku...panjang 8 kaki dan 3 tingkat. Sekarang ini tempat ni dah tak berapa nak muat. Lantaran itu aku terpaksa pindahkan kaktus yang agak cantik dan lebih besar ke beranda dan anjung-anjung sekeliling rumahku...Anjung sebelah
(Kaktus bulat tu dah berusia 10 tahun)

PINDAH PASU LEBIH BESAR....
Dicatat oleh
ShalbySalbina
/
Comments: (0)
Kaktus-kaktus yang anak bujangku bawa balik dari Cameron Highlands tempohari aku telah pindahkan ke pasu yang lebih besar... Harap-harap ia akan hidup subur di sini...
Lihat foto-foto di bawah...
Lihat foto-foto di bawah...
KAKTUS CAMERON HIGHLANDS
Dicatat oleh
ShalbySalbina
on Khamis, 13 November 2008
/
Comments: (0)

5 & 6 November tempohari Si Sulung bersama rakan pengawas sekolahnya telah ke Cameron Highlands untuk lawatan sambil belajar KEMBARA ILMU. Apa yang seronoknya tak lupa rupanya dia kepada minat ibunya yang satu ini....Beberapa pokok kaktus telah dibawa balik, tahu je dia memilih kaktus yang belum ibunya miliki.....




