RSS

KAKTUS BARU...CAMERON HIGHLAND...

Hah..blog aku dah bersawang, lama tak update bukan kerana aku tidak menjengah tapi untuk 2/3 bulan ni tak ada pertambahan kaktus baru dalam koleksi, so rasanya tak ada apa yang nak dipaparkan di sini. Awal-awal tahun persekolahan memang sibuk sikit...biasalah kan, so tak berapa ada masa untuk menjengah di persekitaran rumah. Bukan saja blog yang bersawang, disekeliling rumah juga bersawang...
Tup..tup... ada yang kasihankan aku. Biasalah rakan-rakan kat sekolah rasanya majoriti tahu minat aku yang sukakan kaktus so bila ada lawatan ke Cameron Highland tempohari yang mana aku tak terlibat PK KOKO sekolah dengan murah hatinya telah membelikan aku pokok-pokok kaktus...banyak jugak..itulah dalam gambar. Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan... 18 pasu kecil semuanya. Ada yang serupa tapi tak apa, mana2 serupa aku tanam dalam pasu yang agak besar banyak2...cantik!!!!!!!
Kelakar juga sebab dibelinya semua kaktus yang berbatang. Kenapa begitu? Katanya kaktus memang berbatang, kalau berdaun tu bukan kaktus namanya... ya ka? Tak tau pulak aku...

0 ulasan: