RSS

KAKTUSKU CANTIK BERBUNGA...


Inilah antara pokok kaktusku yang mengeluarkan bunga. Cantik tak?

PASAR WAKAF BARU...

Dah 3 tahun aku tak ke KELANTAN, maklumlah aku dah tamat PJJ pada 2005 dan dah dilantik DG41 pada Jan 2007. Cuti Akhir Tahun 2008 tempohari aku berkesempatan ke Kelantan untuk jalan-jalan dan aku tidak lupa singgah ke Pasar Wakaf Baru. Inilah tempat aku shopping setiap Jumaat apabila aku ada kuliah PJJ aku di Pusat PJJ UPM di Wakaf Baru. Nak tahu apa yang aku beli? Inilah dia...

MAKLUMAT TENTANG KAKTUS...

Kaktus adalah jenis tumbuhan yang menarik dan istimewa serta sentiasa memerlukan matahari untuk hidup segar. Tumbuhan jenis ala matahari ini yang diselaputi dengan duri mempunyai pelbagai struktur dan bentuk. Rupa bentuknya dapat menahan cahaya matahari dan juga mengurangkan transpirasi. Kaktus merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang intensif.