RSS

BESAR DAN TINGGI




Antara kaktus yang tinggi dan besar di rumahku...

KAKTUSKU TERLEBIH AIR...

Bila tiba saja musim tengkujuh aku jadi risau. Bukan sebab takut banjir tetapi aku bimbangkan pokok2 kaktus yang aku sayang....selalunya akan adalah pokok kaktus yang mati kerana terlebih air. Selepas seminggu hujan turun tanpa henti dah kelihatan beberapa pokok kaktus yang terlebih air dan pasti rosak. Tak ada cara lain dah, buang ajelah...

Aku terpaksa beli plastik penghadang nampaknya untuk mengelakkan tempias hujan...

Antara kaktus yang rosak...









Kaktus ini dah mati...

RUMAH KAKTUS....

Inilah tempat khas untuk kaktus-kaktus kesayanganku...panjang 8 kaki dan 3 tingkat. Sekarang ini tempat ni dah tak berapa nak muat. Lantaran itu aku terpaksa pindahkan kaktus yang agak cantik dan lebih besar ke beranda dan anjung-anjung sekeliling rumahku...




Anjung sebelah
(Kaktus bulat tu dah berusia 10 tahun)



Anjung depan

PINDAH PASU LEBIH BESAR....

Kaktus-kaktus yang anak bujangku bawa balik dari Cameron Highlands tempohari aku telah pindahkan ke pasu yang lebih besar... Harap-harap ia akan hidup subur di sini...

Lihat foto-foto di bawah...





KAKTUS CAMERON HIGHLANDS


5 & 6 November tempohari Si Sulung bersama rakan pengawas sekolahnya telah ke Cameron Highlands untuk lawatan sambil belajar KEMBARA ILMU. Apa yang seronoknya tak lupa rupanya dia kepada minat ibunya yang satu ini....Beberapa pokok kaktus telah dibawa balik, tahu je dia memilih kaktus yang belum ibunya miliki.....