Kaktus adalah jenis tumbuhan yang menarik dan istimewa serta sentiasa memerlukan matahari untuk hidup segar. Tumbuhan jenis ala matahari ini yang diselaputi dengan duri mempunyai pelbagai struktur dan bentuk. Rupa bentuknya dapat menahan cahaya matahari dan juga mengurangkan transpirasi. Kaktus merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang intensif.