RSS

KAKTUS PILIHAN HUBBY...

Masa kursus Fail Meja di Cameron Highlands hubby sempat belikan aku kaktus-kaktus ini....
Diapun pening sebenarnya nak belikan kaktus untuk aku, sebab katanya bila pegang saja...rasa2 macam aku dah ada kaktus begitu...at last ini saja yang dia mampu beli...itupun 2 daripadanya aku dah ada.... Dah hampir 3 minggu kaktus ini, tapi aku masih belum tukarkan pasunya. Tunggulah cukup sebulan.



















PETUA...

Petua ini aku dapat dari pakcik yang menjaga nurseri...katanya " kaktus dari Cameron Highlands" yang kita beli terus dari sana, bila balik rumah jangan terus tukar pasu. Kena biarkan dulu dalam sebulan dua...biar dia serasi dulu dengan iklim di sini barulah tukar ke pasu lain. Hah, petua yang sangat berguna sebab kaktus aku banyak yang mati selepas tukar pasu. Itulah...sabar ke nak tunggu 2 bulan baru nak tukar pasu..??? Uwwaaaaaaaa!!!

KAKTUS LAGI...

Hari ini aku seret pengasuh Si Bongsu ke nurseri baru yang dia beritahu semalam. Katanya ada banyak orkid di situ. Puas dia peta kat aku, tapi punyalah bengap aku ni, tak reti-reti nak teka kat mana. At last dia bermurah hati untuk temankan. So hari ini sementara menunggu Si Tengah Taekwondo, akupun merayap kesana. Rupanya nurseri ni baru saja dibuka dalam 5 bulan. Pokok-pokok banyak yang baru... Merayap dalam sejam aku beli 3 pokok kaktus yang aku belum ada lagi untuk melengkapkan koleksi...

KAKTUS BARU...CAMERON HIGHLAND...

Hah..blog aku dah bersawang, lama tak update bukan kerana aku tidak menjengah tapi untuk 2/3 bulan ni tak ada pertambahan kaktus baru dalam koleksi, so rasanya tak ada apa yang nak dipaparkan di sini. Awal-awal tahun persekolahan memang sibuk sikit...biasalah kan, so tak berapa ada masa untuk menjengah di persekitaran rumah. Bukan saja blog yang bersawang, disekeliling rumah juga bersawang...
Tup..tup... ada yang kasihankan aku. Biasalah rakan-rakan kat sekolah rasanya majoriti tahu minat aku yang sukakan kaktus so bila ada lawatan ke Cameron Highland tempohari yang mana aku tak terlibat PK KOKO sekolah dengan murah hatinya telah membelikan aku pokok-pokok kaktus...banyak jugak..itulah dalam gambar. Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan... 18 pasu kecil semuanya. Ada yang serupa tapi tak apa, mana2 serupa aku tanam dalam pasu yang agak besar banyak2...cantik!!!!!!!
Kelakar juga sebab dibelinya semua kaktus yang berbatang. Kenapa begitu? Katanya kaktus memang berbatang, kalau berdaun tu bukan kaktus namanya... ya ka? Tak tau pulak aku...

KAKTUSKU CANTIK BERBUNGA...


Inilah antara pokok kaktusku yang mengeluarkan bunga. Cantik tak?

PASAR WAKAF BARU...

Dah 3 tahun aku tak ke KELANTAN, maklumlah aku dah tamat PJJ pada 2005 dan dah dilantik DG41 pada Jan 2007. Cuti Akhir Tahun 2008 tempohari aku berkesempatan ke Kelantan untuk jalan-jalan dan aku tidak lupa singgah ke Pasar Wakaf Baru. Inilah tempat aku shopping setiap Jumaat apabila aku ada kuliah PJJ aku di Pusat PJJ UPM di Wakaf Baru. Nak tahu apa yang aku beli? Inilah dia...

MAKLUMAT TENTANG KAKTUS...

Kaktus adalah jenis tumbuhan yang menarik dan istimewa serta sentiasa memerlukan matahari untuk hidup segar. Tumbuhan jenis ala matahari ini yang diselaputi dengan duri mempunyai pelbagai struktur dan bentuk. Rupa bentuknya dapat menahan cahaya matahari dan juga mengurangkan transpirasi. Kaktus merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang intensif.