Adik aku yang bongsu aka Che Su, panggilan manja anak-anak sedaranya...berlepas ke Cameron Highland untuk menghadiri diri ke KEM SPM yang dikendalikan oleh sekolahnya. Punyalah seronok masa dia nak ke sana tempohari. Aku dengarpun kelakar saja....budak2, dia tak tahu apa yang ada di sana.
Sehari sebelum berlepas dia ada call aku, tanya la kononnya Kak Na nak kirim apa? jangan lupa bank-in duit ya....itu yang sebenarnya.... Aku tersengih jam tu jugak, seorang budak remaja kalau ke Cameron Highland...apa yang seronok sangat ya..... Aku tanya dia, apa yang ada di Cameron Highland tu? Saja je lah nak uji pengetahuan dia mengenai tempat yang dia nak tuju tu...
Aku teringat masa Si Sulung ke sana, balik membebel-bebel sebab boring habis....ya lah budak2.... Apa sangat yang boleh ditengok melainkan ladang teh, ladang strawberry, ladang kaktus..... Kalau pergi dengan family mungkin lain la ceritanya.....
Aku kata kat Che Su, kalau tak menyusahkan, belikan Kak Na kaktus saja la sebab benda lain aku tak suka... Teh cameron highland aku tak berapa minat, best lagi teh Lipton atau teh wangi cap tangan, walau macam2 perisa ada. Hari tu masa Si Sulung beli, puas aku sedekahkan kat orang lain. Buah Strawberry lagi satu hal, kalau nak beli jangan la yang kecik2 dan murah2, nanti tak boleh makan...masam...ha ha ha.
Mulanya Che Su macam tak percaya apa yang aku cerita. Dia tanya tak nak suruh beli orkid ke? Hah kalau suruh Ko beli baik tak payah nanti sampai rumah semua dah mati Ko tu bukannya pandai jagapun...lagipun kat sana orkid lagi mahal berbanding di sini. Lagipun tak berapa nak tahan dengan cuaca sini....
Bila dia balik, hah...ini la dia kaktus yang dia belikan. Semua jenis yang dibeli, aku dah ada sebenarnya. Tapi disebabkan tak nak mengecilkan hati aku diamkan saja. Tak apa la, boleh aku memperbanyakkan lagi koleksi.....